Tribute to Tok Guru Nik Aziz

Beliau seorang murabbi. Beliau masih terkenal dengan kebaikannya selama beliau hidup. Aku pernah mendengar tentang kebaikannya, banyak kali. Aku menonton dokumentari mengenainya, membaca cerita-cerita tentang dirinya, kata-kata hikmah, nasihat darinya. Aku tahu, semua itu, insyaallah hadir ikhlas dari hatinya. Sungguh, aku merasakan suatu kehilangan yang besar, seperti separuh daripada diriku hilang. Belum pernah sebelum ini aku meratapi pemergian seseorang seperti ini. Sungguh, aku belum pernah menemui beliau sepanjang hayatnya. Aku hanya pernah menatap fotonya, membaca karyanya yang terasa sungguh dekat dihati. Bukan aku seorang sahaja yang berfikir seperti ini, mungkin yang lain juga merasakan seperti ini; mungkin begini rasanya para sahabat setelah kehilangan Rasulullah… Rasa seperti tidak mahu percaya, tetapi itulah hakikatnya- manusia itu tidak kekal, yang kekal hanyalah Dia. Tapi sebagai seorang Muslim, aku percaya, kita akan berada dengan orang yang kita cintai di alam sana nanti, dengan izin Dia.

Sejujurnya, aku tidak pernah menghadiri atau menonton kuliah beliau. Aku hanya mendengar & membaca tentangnya melalui perkongsian di Facebook, whatsapp, ataupun buku yang dibaca. Orangnya merendah diri, bersederhana, tidak bermewah-mewah walaupun jawatannya tinggi. Tapi aku rasa dekat sangat, seakan aku pernah bertemu dengan beliau. Moga kita bertemu di alam sana. Moga Allah mengurniakan Allahyarham Tok Guru dengan segala kebaikan yang telah beliau laksanakan sepanjang hidupnya. Aku berdoa moga aku, dan kita, dapat contohinya. Jadikan dia sebagai ikutan yang baik. Jadilah kita seorang murabbi seperti dia. Aku sangat tertarik dengan akhlak yang ditonjolkannya. Aku kagum dengan ilmu yang diamalkannya. Moga kita juga menjadi pendidik yang mampu memberi teladan yang baik.

Aku masih teringat kali pertama aku terbaca satu nasihat Tok Guru mengenai tahajjud;

“Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.

Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”

Moga kita juga turut istiqamah seperti Tok Guru.

Terima kasih, dan selamat berehat Tok Guru…

Advertisements

How to teach a young introvert

I used to be an introvert (and always be) because that’s what I think I am, and that’s how I react. So teachers! Do not put your interest or attention only on the extroverts, okay? Deal! 😉

ideas.ted.com

See all articles in the series

What should we do with the quiet kids? A conversation with Susan Cain on the future of classroom education.

Susan Cain sticks up for the introverts of the world. In the U.S., where one third to one half the population identifies as introverts, that means sticking up for a lot of people. Some of them might be data engineers overwhelmed by the noise of an open-floor-plan office. Others might be lawyers turning 30, whose friends shame them for not wanting a big birthday bash. But Cain particularly feels for one group of introverts: the quiet kids in a classroom.

Cain remembers a childhood full of moments when she was urged by teachers and peers to be more outgoing and social — when that simply wasn’t in her nature. Our most important institutions, like schools and workplaces, are designed for extroverts, says Cain in her TED Talk. [Watch: The power of…

View original post 2,593 more words