Resepi : Sambal petai ikan bilis rangup mama Dee

Antara resepi kegemaran mama yang saya paling gemar adalah Sambal petai ikan bilis. Memang jarang saya jumpa sambal yang begitu enak rasanya. Ikan bilisnya rangup, ditambah pula dengan sambal yang masam-masam manis dan tidak terlalu pedas. Secukup rasa!

Hm… Rasa pelik pula bila taip skema-skema ni. Ayat bahasa melayu saya kedengaran pelik sekali. Ish! Malaslah taip formal-formal sangat ni. Okay, let’s keep it casual yah? Eheh.

Resipinya mudah sahaja. Bagi orang yang masih tahap permulaan untuk belajar memasak, bak kata mama saya masakan sambal ini merupakan resipi yang termudah dan tersedap yang boleh disediakan dalam jangka masa yang singkat sahaja. Jadi, bagi yang takut-takut nak mula memasak (macam saya lah tu dulu-dulu), bolehlah mula berjinak-jinak dengan resipi yang mudah sebegini tetapi meletop!

petai-in-sambal-final17

Lebih kurang macam ini lah rupa sambal petai ikan bilis resipi mama saya tu. Ikan bilisnya rangup! Nak ratah makan macam tu sahaja pun enak!


*p/s: Kuantiti yang dianggarkan adalah sesuai untuk satu hidangan, a.k.a. satu mangkuk

Bahan-bahan

Bahan yang dikisar:

  • Cili kering (Rebus terlebih dahulu)- segenggam
  • Bawang besar- 1 biji
  • Bawang putih- 2 atau 3 ulas
  • Belacan- 1 sudu kecil

Bahan lain:

  • Petai
  • Ikan bilis halus
  • Sos tomato
  • Gula melaka- 1 sudu kecil (pakai agak je)
  • Gula – 1 sudu besar (pakai agak je)
  • Garam- Pakai agak je ye (mohon rasa sebelum hidang)
  • Air asam jawa(Sedikit je, dalam 2-3 sudu besar)
  • Air masak (secukupnya)

Cara-cara penyediaan:

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak goreng ikan  tadi, masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sebati dan masukkan gula melaka.
  3. Kemudian, masukkan sos tomato dan gula. Kacau dan tunggu sehingga pecah minyak*.
  4. Setelah kelihatan minyak timbul (a.k.a. pecah minyak), masukkan petai. Kacaukan. Tunggu sebentar sehingga minyak timbul lagi. Tambahkan air asam jawa dan air masak jika sambal kelihatan terlalu kering. Tambahkan sedikit garam.
  5. Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang digoreng tadi dan kacau sebentar sahaja sehingga sebati dan segera tutupkan api. Pastikan ikan tidak dimasak terlalu lama supaya menjadi rangup apabila dihidang.

Memandangkan mama saya orang Terengganu, jadi kami gemar sambal yang sedikit manis supaya seimbang rasanya. Mungkin kalau orang Johor atau Negeri Sembilan mereka lebih memilih untuk makan sambal yang sedikit pedas. Well, c’mon! Depends on your preferences yah?! 🙂

136306-quotes-from-famous-chefs-cooking

A good advice for those who are still afraid of cooking :p (Like I did)

Selamat mencuba!

 

‘Till then!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s